Thursday, October 8, 2009

oh!! my....

Thats what aku rasa bila my dear Batrisyia muntah-muntah last Friday.
Mcm biasa aku fetch her kt nursery after balik keja..that day she got part hari raya at her nursery..bila aku amik dia..she smile at me..aku tersengih2 tengok my batrisyia nampak bulat in her raya gown like a doll....
Balik umah aku mandikan dia and she sleep....tengah aku tgk tv suddenly she batuk and muntah penuh atas badan..terkezuk ber...la aku..
aku angkat dia and cuci semua muntah tu..aku tukar baju baru and sapu minyak angin kt dia..
she ask me naik tido kat bilik..aku baru baringkan dia kat katil and turn on tv x sampai 5 minit dia batuk lagi and tadaaaa muntah penuh atas katil...sian sangat batrisyia nangis2 tapi sempat lak dia ckp " momy..baju chacha kotor" alahai anak eden...and again aku cuci semua,buka cadar and lap tilam..bau???? masam yang amat...

Tukar baju lagi..
kali ni dengan aku sekali kena mandi and tukar baju baru..
dia muntah atas aku..aku start panik coz dia muntah dengan banyak and
her heart beat very fast...aku call my hubby coz that day he was in evening shift
nasib ko la betty dapat papa yang keja x tentu masa...aku sakit hati giler leh hubby
aku cakap " sapu la minyak...nanti hbs waktu keja abg balik la" eee rasa nak menjerit
and again anak aku muntah lagi...after half an hour she muntah lagi...
aku nak nangis...
tak lama lepas tu my hubby balik and batrisyia looks fine..aku yang sedia ada mengantok terus
hand over anak aku kt hubby..
aku terus belayar.....

around 2.30am my hubby kejut aku ajak pegi klinik...our batrisyia still x berenti muntah...
she so weak..kami terus ke klinik and doktor masukkan ubat dlm bontok dia aku x tau ubat apa
then give some more ubat2....after that she can sleep
esoknya still weak until sunday...
hari isnin tu aku terpaksa hanta gak ke nursery coz aku kena keja kan..
aku call nursery and guess what??? she play like never sick and makan macam biasa
pelik tul aku...anyway i'm so happy anak aku dah sihat..alhamdulillah..

Friday, October 2, 2009

Hari Raya

Hari ni aku dah start keja after my long holiday…dah lama lak aku rasa tak membebel kat sini..sibuk sangat ker aku ni..emmmm taklah Cuma masa macam tak mengizinkan aku nk membebel kat sini…
Ni aku nak cita..pertama kali dalam hidup aku 28 tahun aku menyambut Lebaran di Kuala Lumpur…

wawawa macam tak caya tapi taadaaaa aku beraya di KL dari raya pertama sampai raya ke 3..ni pasal hubby aku kena keja la…sedih???
Taklah…aku ingat aku akan nangis malam raya or pagi raya tu…bila dengar takbir tu terasa la macam sunyi sikit tapi lepas tu takda apa2 aku beraya sakan semua umah member kat kl ni aku jejak..hahaha ni lah peluang kalau tak takdo nyer aku nk menyemak kat umah orang..tapi mcm pelik lak orang cakap KL sunyi sepi bila Hari Raya..nan adoooo jalan tetap sesak walau bukan jem teruk…mungkin ramai yang tak balik kampong mcm aku ni…
Cuma aku sedih aku tak dapat makan nasi dagang masa hari raya, kat KL semua orang hidang LONTONG…huhuhu aku tak pernah sentuh benda tu aku tak reti nak makan..pelik lak aku tengok orang makan nasi impit dengan kuah lemak kuning tu..dengan ayam kicap la..weiii aku makan dengan nasi putih la lauk2 tu..hahahha jangan marah ekk
Petang raya ke 3 aku bergerak pulang ke kampong…around 1.30pg aku sampai kt umah..biskut semua dah habis nk marah betul coz raya ke 2 tu mak aku wat akikah new baby (anak adik aku) so ramai giler orang datang..dah la makan nasi ni diaorg balum jugak biskut raya tu..apa kesss…tapi dah nama raya apahal aku nak emo lak…sengal tul aku ni.
Emm dah malas la nak menaip…apa-apa pun aku harap next year kalau panjang umur aku nak raya kat kampong..nak pegi jalan semua umah kawan2 and sedara mara .

Pada korang yang terbaca blog aku ni aku rasa kita masih dalam bulan Syawal dan aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..
halalkan semua apa yang pernah aku makan dan minum dan tolong buang jauh2 rasa kecik ati..terasa ati..sakit hati..menyampah dan seangkatan dengannya…aku jugak manusia biasa tak pernah sunyi dari melakukan kesilapan dan sering kali aku lupa apa yang aku ucapkan tu menyakitkan ati kawan2 tapi percayalah jauh dari sudut hati aku..
aku tak pernah maksudkan apa-apa..dan aku tak pernah simpan dendam ker sakit ati ker apa-apalah pada semua kawan-kawan and orang sekeliling aku…chowwwww
 
Copyright (c) 2010 When Life Begins.... Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.