Wednesday, March 30, 2011
MANUSIA
Tuesday, March 29, 2011
Itu Kamu...
Orang pertama yang akak nak kongsi adalah wanita yang cukup kental dan amat tabah pernah akak kenali..akak benar-benar kagum dengan wanita ini..manusia yang pada hemat akak tak pernah menangis atau mengalah walau apa jua yang mendatang dalam hidup dia..banyak sangat yang dia hadapi pahit manis..perit getir yang sempat dia kongsi dengan akak..macam tak percaya sebab she looks so soft and of course she is beautiful girl...she is Siti Farhanah or i call Ana..banyak yang kami kongsi masalah..suka duka..she always be my best place to share mungkin sebab kami punya anak yang sebaya so banyak cerita yang boleh kami tukar-tukar,masalah rumahtangga..masak memasak seronok sangat bila dapat bercerita dengan dia..she is mother of dua very cute daughter and a very faithful wife to her husband..Ana kalau kau baca ni aku nak kau tau " you are my very best friend ever..as you knowlah kan i'm always emo and hopes whats so ever happen hubunggan kita tetap sama ya" Ana the one yang boleh akak bercakap tanpa akak tapis apa2 sebab akak tau Ana lebih tahu apa yang ada dalam hati akak compare yang terlafaz dibibir...thanks Ana
Second person is my little sweet sister Chameni..she is trendy women tapi sampai sekarang akak still tergelak bila akak teringat gambar Cham masa sekolah..kelakar gilerrr....so different nak compare dengan Cham sekarang..dulu gemuk jer pompuan tu..dah la gemuk ..macam tomboi pulak hahhaa macam mana la Abg Sasi ko berkenan kan kan...nasib baik sekarang dah beza giler..so sweet and canteqqqq...yang pelik between us always thinking the same thing and saying the same word..macam akak selalu cakap " cham kita ada kimia la..." hehhee kita leh cakap guna bahasa isyarat jer kan kan kan terus paham jer..kita sama-sama suka berangan and beria2 bila berangan tu ahakss best kan cham..bila la pulak akak nak gelak sesama dengan cham..anyway you always be my sweet sister akak harapkan yang terbaik untuk hidup Cham as you still young..do whats you feel best about it..akak percaya Cham boleh jadi yang terbaik asal dalam hidup kita ni kita tak sombong dan sanggup belajar...love you dear
Third is Puan Ija...hehhehe pompuan ni akak kadang-kadang takleh nak duga angin dia...tapi akak pun tak tahu kenapa akak leh ngam pulak dengan this type of person ahaksss biasanya akak join orang-orang yang ceria macam akak jer...tapi kekadang Puan Ija boleh tahan gak buat lawak...biasanya Puan Ija hanya jadi pemerhati sahaja bila kami yang lain berborak dan hanya kadang-kadang mengikut rapat dari belakang..mungkin sebab dia leh tahan dengar akak membebel maka kami jadi rapat..pada hemat akak la..(Pn.Ija correct me if i'm wrong) Suami Pn.Ija pun baik orang nyer..pendiam macam Puan Ija gak...bercakap bila perlu jer kot sebijik macam suami akak..hehheheh tapi EnZaidi ni bila memandu dia hilang ciri-ciri pendiam dia...hahahahah best la En.Zaidi ni bila drive harus orang lain takder chance la nak motong...ahakss walauuuu orang tu berjalan kaki...jangan marah ya En.Zaidi.. "Pn.Ija saya tak tau la awok suka tidok kawan dengan saya sebab macam saya cakap la awok sukar untuk saya jangka senyum pun x pernah sampai telinga heheheh tapi saya suka sangat kawan dengan awok...awok ni macam penuetral saya..heehheh bila dengan awok saya macam slow skit kan so saya yakin saya leh jugak jadi sopan santun macam awok"
Last sekali akak nak cita pasal sorang wanita ni..wanita ni jugak akak kategorikan sebagai sahabat..akak kenal dia dah lama kat tempat first akak keja..pastu dia balik kg sebab dapat keja kat kampung..after that kami jadi rapat selalu chat bertanya kabar,,mostly hubunggan kami ni online jer..hehehe tapi setiap hari bercakap di FB Chat..jumpa sekali sekala..kekadang berapa tahun tak jumpa...Ezey or Rohaiza..kami leh rapat mungkin sebab kami punya minat yang sama so tak banyak benda yang bercanggah bila kami berborak.Ezey banyak sangat tolong akak masa akak susah...akak takleh nak kira pertolongan yang Ezey hulur pada akak walau banyak mana ucapan terima kasih tapi still takdapat balas budi yang Ezey tabur...dengan Ezey akak tak perlu cover-cover tak perlu tapis nak bercakap..kalau nak marah terus hembur jer sebab dia sentiasa paham akak..thanks ya Zey...dia ni very steady women..she always know what she wants..gigih maklum la dia kan businesswoman...harus kena ada jiwa kental...
To those that i'm not mention here..bukan taknak kongsi thats already long enough banyak yang nak diucapkan untuk kamu semua tapi words will not enough to express my thankful..apa-apa pun kamu semua adalah penyeri dalam hidup akak juga penyumbang jalan cerita hidup akak...akak sayang kamu semua dan terima kasih untuk segalanya....
Friday, March 18, 2011
Game Oh Game
Tuesday, March 15, 2011
Nak Adik...
Cik Betty sekarang banyak berangan-angan..suka sangat bercakap sorang2 macam depan dia tu ada kengkawan dia..borak macam ala-ala cikgu..duk mengajar orang baca ABC la..ngaji Al-Quran la..macam-macam yang dia buat time dia duk kat umah..maklum la dia takda adik kan takkan nak main dengan akak sehari suntuk kan..akak pun ada keja nak buat time-time weekend bukan akak leh golek2 tengok tv ajo..yer lah akak mana ada orang gaji yang leh uruskan semua hal ehwal dalam umah so weekend akan banyak akak gunakan untuk settle keja-keja umah yang tak pernah habis la akak rasa….but Alhamdulillah akak di bless dengan sorang anak yang baik dan amat memahami dan yang tidak pernah menyusahkan akak so akak leh wat keja akak dengan tenang tanpa gangguan dari Cik Betty…kalau akak wat keja di dapur maka Cik Betty akan tarik meja and kusi dia ke dapur bawak bersama segala alat tulis jua buku2 dia..so dia duk la mengajar disitu asal dia Nampak akak dia takkan ganggu akak…yang akak suka bila time dia tengah mengajar “anak-anak murid” dia kalau dia tak tau apa2 dia akan benti and cakap “ jap ya..tanya mumy” ..hehehhehe entah-entah memang ada “anak2 murid “ murid depan dia kan kan kan..
Sian dia kan duk sorang-sorang takda kawan..atau lebih tepat takda adik…nak jadi cerita satu hari masa waktu malam la..kami sekeluarga duk golek-golek atas katil sambil tengok tv..Cik Betty sibuk duk bebel sorang-sorang cakap nak adik..suruh kami panggil dia “kakak” pastu akak saja cakap panggil “kak long “ ler dah nak jadi kakak kan..Cik Betty sengih-sengih suka sungguh bila akak panggil dia “kak long” pastu papa cik betty duk sebelah akak and biasa la dah laki akak kan harus la duk peluk-peluk..pastu Cik Betty marah papa cakap jangan peluk mummy ok…papa cakap nak adik mumy kena duk peluk dengan papa pastu Cik Betty cakap “Oooo….ok.. peluk..peluk..” tak sampai lima minit Cik Betty cakap “ dah siap ker belum?” hah…apa…rupanya Cik Betty tanya adik dah siap ker belum?? Errkkkk cam gitu ek Kak Long…sakit perut kami gelak….Cik Betty cakap baby duk mana?duk dalam perut ek? Bila nak kuar? Baby wat apa dalam perut? Adusssss banyak sungguh soalan-soalan yang tak dapat akak jawab…
Esoknya Cik Betty tanya akak “ mumy…chacha ni apa?” hah..tak paham la…Cik Betty cakap lagi “ yerla…chacha ni kakak…kakak apa?” ooooo rupanya dia lupa nk bahasakan dia “Kak Long” hehehehehe pastu akak cakapa “ kakak ni…kak long” terus Cik Betty senyum and cakap “ nanti panggil Kak Long ya..nanti baby nak kuar..baby tengah tido dalam perut mumy…” hehheehhee Cik Betty ooo Cik Betty you always make me smile and smile never stop…Love you sayang or Kak Long…May Allah bless us with your future adik..like you always pray for and May Allah give us a daugther/son like you Kak Long who always make us smile..laughing..and smart as you…aminnnn
Friday, March 11, 2011
M.A.L.A.S
Selamat berhari Jumaat ya kengkawan..akak bosan yang amat sekarang ni dalam opis…campur dengan cuaca yang sejuk bangattttt pastu mata pulok duk layu-layu macam menari aka berjoget inang sayang..ditambah pulak dengan perasaan malas yang membuak-buak bagai meruntun hati akak untuk terus balik umah…tadaaaaaa jawapan sebenarnya adalah MALAS kan kan kan…
Cerita pasal MALAS ni akak teringat kt Cik Betty…sekarang ni kalau akak suruh dia wat apa2 mesti dia cakap “ malas arrr..” eee boleh??? Ada ker budak umur 4 thn jawab macam tu kat akak??? Akak masa kecik-kecik dulu idok ler perangai begini..tetiba anak akak leh begini…ker akak ado perangai begini masa akak kecik-kecik dulu? Wallahualam…itu kena tanya dengan cek akak la sebab seingat akak la kan akak la comel yang baik..ahaks memuji diri sendirik lagi…itu satu cita MALAS
Malas seterusnya adalah En.Suami…akak kan heran bin ajaib dolo2 en.suami ni rajin jer nolong akak..tolong jemur baju..tolong cuci dishes..tolong sapu lantai…ituuuuu duluuuuu…sekarang en.suami bagaikan seorang yg “mengikut arahan” bak kata Puan Ija hahahah..yerlah kalau akak tak pesan suruh wat apa-apa memang en.suami takkan buat apa-apa yang pada hemah akak benda tu boleh jer en.suami tolong akak…geramnya tuhan ajo yang tahu..susah and berat sangat ker nak menolong tapi itu lah…kalau MALAS tu dah bertenggek atas kepala akak takleh nak cakap apa la walau berbuih akak bebel pun kan…biarlah asal en.suami tak pernah MALAS nak menjaga..menengok..melayan Cik Betty…haaaa bab tu akak yang lebih MALAS gamoknya hikhikhik
Dan MALAS lagi…MALAS nk study..akak ni kan ada la berangan nak wat sesuatu and akak dah la pernah pegi exam amik lessen itewww las year tapi akak kantoi sebab akak tak sempat nk study..ok!!!! akak pun berjanji la nak repeat balik exam amik lessen itew so akak pun ada la sekali study dengan Kak Lyn pastu Kak Lyn yang gorgeous itew…dia pun dengan lemah lembut bak mak inang itu telah mengajar akak dan konon-kononya akak dah paham la kan…Kak Lyn yang baik hati itu pun telah mengamanahkan akak dengan notes dia dengan harapan akak akan pulun study la dengan notes dia iteww…tapi hampeh sampai hari ini akak baru sentuh sekali segala nota-nota itu dan akak masih tak gi register lagi exam itu dengan alas an..” ala tak sempat la..penat la sekarang ni macam tak cukup masa jer..bizi yang amat “.hek elehhhh sebenar ko MALAS kan…MALAS lagiii kata kuncinya..saya suka saya suka…tapi akak telah berjanji pada diri akak yang sesungguhnya bulan depan akak akan reseat gak exam itu..yeahhh
Apalagi pasal MALAS yang berlaku dalam diri akak ya…Malas nak menaip dah boleh??? Ahakss…lantak la kan dah cita akak suka ati akak la nak menulis banyak mana yang akak suka kan…dah namanya blog akak.. sekarang ni akak prefer untuk MALAS amik tahu…ha!!! Malas ni ada baik dan buruknya..baiknya bila kita malas nk amik tahu akan sesuatu yang tak membawa pekdah pada kita maka kita akan terhindar dari perkara2 keji macam mengumpat..menfitnah..menuduh..dan mencarut betul tak?? Bila suka sangat amik tahu banyak yang akan terjadi..lain la orang dan cerita kat depan muka akak kan harus la akan bertanya ala2 polis gitu sebab akak ni jenis yang tak suka dengar cita tergantung2..kalau dengar cita yang tergantung maka akan terjadi la penambahan dan penokok cerita betul?? Dari yang takda apa- apa jadi ada pulok…tak gitu? Kalau yang baik bagus la kalau yang tambah tak baik maka menburukkan keadaan la pulak kan tak pasal orang jadi gaduh sebab salah sangka and salah info or terlebih info kan…macam mainan telepon karat tu…ayat yang 1st tak kan jadi sama bila sampai pada orang yang seterusnya..betul tak? Maka lebih baik la akak MALAS untuk mengambil tahu bila masuk bab-bab macam ni lagipun dah terlalu banyak incident yang terjadi jadi disebabkan akak suka mengambil tahu.. salah paham..salah mengjustifikasi ..salah info dan mungkin cara salah bila menberitahu dan orang yang mendengar jadi salah paham..banyaklah yang salah dan terus salah dan berkembang kesalahan tu…akakkkk jugak yang salahkan…so better MALAS untuk keadaan ini demi kebaikan bersama…
MALAS lagiiii…malas nak berubah..hahahah boleh??? Ada ker macam tu?? Ada deq non…banyak sangat yang dah tua bangka tapi masih MALAS untuk jadi matang aka malas nak berubah…rela diri terus berlagak bagus..baik pada gaya atau pemikiran..paling penting adalah pemikiran la kan. Adalah amat jengkel bagi akak bila orang tu bercakap macam tak pakai otak…atau dengan bahasa lembutnya bercakap macam orang bodoh..owh!!! lembutkah itew..ha akak pun sama kan cakap ikut sedap mulut jer…tak pikir orang tu terasa ati ke tidak…oh!! Maafkan saya…akak nak bagitau akak cukup tak suka bila orang bercakap tentang satu-satu isu tanpa menggunakan fakta atau ilmu..maksudnya bila nak bahaskan satu-satu perkara jangan bercakap mengikut apa yang kita rasa tapi biarlah kita bercakap sebagaimana orang berilmu walau kita tidak suka sesuatu perkara itu kita jangan terus menolak adalah baik kita bercakap mengenai baik dan buruk perkara itu atau dengan kata sopanya “ Please use your brain ok” dan ini akak kata MALAS untuk berubah bila kita taknak mengkaji dan membaca maka terus menerus kita akan jadi orang yang hanya bercakap berpandukan nafsu tapi bukan AKAL walau setinggi mana kita belajar tapi kita taknak belajar dan menbaca baik politik..isu semasa…ekonomi walaupun sukan maka begitulah kita selamanya..orang akan terus menerus memandang kita BODOH…siankan kt diri kita…akak taknak jadi orang sebegitu…( perasan la ko!!!) hahahahhaa…suka akak la kan dah blog akak…
Oklah MALAS seterusnya adalah malas nak menaip dah sebab akak dan malas nak guna otak akak untuk pikir apa yang akak nk taip ni..heheh dah banyak masa akak guna untuk meng-update- blog akak ni almaklum la akak dalam proses untuk mengaktifkan diri dengan rajin meng update blog akak yang dah lama bersawang ni disebabkan perasaan itu la..apa? MALAS lerrrrrr
Monday, March 7, 2011
Hamster VS Ikan
Pelik tak tajuk ni? Akak nk cita pasal anak akak Cik Betty..even she still so young dia dah tunjukkan sifat penyayang dia pada manusia mahupun haiwan….jauh bebenor dari sifat mummy dia hahhahaha mungkin dia warisi sifat tu dari Tok Che dia…hehhehe and sedikit dari sifat papa yang very soft and slow tu ngeh ngeh ngeh agak-agak papa marah mummy tak???
Dia selalu mintak akak belikan kucing untuk dia tapi macam biasa la akak wat bodoooo jer macam dengar tak dengar dengan request dia..papa dia pun selalu cakap “ Nanti balik umah tok che kita amik sekor ya…wat blk kl”…ayookkk mimpi la akak nk hangkuk mahluk Allah tu..akak tak geli tapi sebab akak ni Subahanallah pemalas nak bela haiwan itu…banyak yang akak pikir kena kesahkan makanan diaorg la..berak kencing diaorg la…malassssss so macam biasa akak bagi la seribu janji manis pada Cik Betty akak….then one day she saw a small binatang kat umah Tok ma dia…nama binatang tu Hamster…ayokkk geli nak mampos akak…ada ke TIKUS tu jugak ko nak bela duhai anak ku…papa pulak yang sentiasa cuba jadi PAPA MITHALI akan sentiasa menyokong setiap permintaan Cik Betty ayoook…takder anugerah untuk itew la duhai Papa…..
Satu hari Cik Betty akak mengamuk2 nak jugak mahluk ciptaan Allah tu…so dengan senang hati Papa call Cik Linda ( mak sedara Cik betty) so cek mek tu pun ngok ngek ngok ngek mintak dengan mak sedara dia…jeng jeng maka Hamster tu sampai la kat umah akak yang memang dah tak berapa cantik tu siap dengan cage…makanan n habuk entah apa2 tah..akak wat donno jer papa la yang rajin duk bagi makan and bersihkan cage…Cik Betty??? Bagi arahan jer kat papa dia…hehehehe dia geli tapi akak jugak yang jadi mangsa untuk sapu sepah2 habuk tu..hangin tul akak…so kami bela la si Hamster yang diberi nama “ Tish” oleh Cik Betty..maksud nama tu???entah akak tanya Cik Betty..
dia jawab “ biarlah…chacha nk nama dia tish” ok….mumy terima nak oiii….hehehhe selepas 3 bulan tetiba “tish” melarikan diri..hahhaha pelik kan macam mana haiwan tu leh meloloskan diri…Cik Betty sedih yang amat..dia cakap “ cat la ni wat tish chacha” hehehehe akak??? Hepi la sebab tak penat nak menyapu sepah-sepah tu lagi..ngeh ngeh…
Ingat cerita bela membela ni dah habis setakat tu jer..rupanya Cik Betty tak habis lagi Wish List dia..dia cakap “ papa jom beli fish” papa jawab “ ok..nanti kita gi pasar malam kita beli”..
mumy??? ternganga….then beli la 2 ekor ikan emas kat pasar malam tu dengan satu akuarium kecik (akuarium ker panggil bekas plastic kecik tu??) masa nk beli tanya apek tu “ bos…ini ikan leh idup tanya masuk oksigen ka?” apek jawab..” boleh..boleh…” papa pun beli la….
Cik Betty sengih sampai umah seronok bangat dapat bela ikan pulak…malam tu Cik Betty asyik tilik ikan dalam bekas tu and asyik masukkan makanan..akak cakap “ chacha..jangan bagi makan macam2 nanti fish tu mati” Cik Betty jawab “ xper…dia nak makan..fish lapar”….esok pagi2 akak bangun tengok ikan dah tergolek..hikhikhik akak gelak terus akak call papa “ papa..papa tengok tak fish chacha dah mati?” papa jawab “ yer ker…tak perasan..chacha dah tengok?” mummy jawab “ belom” akak terus kejut Cik Betty….Cik Betty gosok mata and turun katil…heheheh dia pun tengok la fish dia terbaring dia cakap “ ish…fish tak mati la…fish baring jer…dia tengah tido”..errrkkkkk akak kelu and nak tergelak terbahak-bahak “ mana ada fish tido dik…” Cik Betty cakap “ jap chacha kejut” sambil gonyang bekas kecik tu..ikan tak bergerak ..”aa la mumy fish dah mati…xper nanti cakap kat papa beli fish lain ya” sedap jer main order jer yer nak oiiii…
Macam biasalah sebagai seorang mumy yang penyayang dan pengasih juga mithali mumy pun belikan lagi sekor ikan laga…nama belum diberi lagi sebab akak nak tengok berapa lama ikan tu leh idup…Cik Betty hepi yang amat sebab ikan ni dah idup 3 hari dah dengan jayanya….hehehehe memang penyayang sungguh Cik Betty akak ni…..