Friday, March 11, 2011

M.A.L.A.S

Selamat berhari Jumaat ya kengkawan..akak bosan yang amat sekarang ni dalam opis…campur dengan cuaca yang sejuk bangattttt pastu mata pulok duk layu-layu macam menari aka berjoget inang sayang..ditambah pulak dengan perasaan malas yang membuak-buak bagai meruntun hati akak untuk terus balik umah…tadaaaaaa jawapan sebenarnya adalah MALAS kan kan kan…

Cerita pasal MALAS ni akak teringat kt Cik Betty…sekarang ni kalau akak suruh dia wat apa2 mesti dia cakap “ malas arrr..” eee boleh??? Ada ker budak umur 4 thn jawab macam tu kat akak??? Akak masa kecik-kecik dulu idok ler perangai begini..tetiba anak akak leh begini…ker akak ado perangai begini masa akak kecik-kecik dulu? Wallahualam…itu kena tanya dengan cek akak la sebab seingat akak la kan akak la comel yang baik..ahaks memuji diri sendirik lagi…itu satu cita MALAS

Malas seterusnya adalah En.Suami…akak kan heran bin ajaib dolo2 en.suami ni rajin jer nolong akak..tolong jemur baju..tolong cuci dishes..tolong sapu lantai…ituuuuu duluuuuu…sekarang en.suami bagaikan seorang yg “mengikut arahan” bak kata Puan Ija hahahah..yerlah kalau akak tak pesan suruh wat apa-apa memang en.suami takkan buat apa-apa yang pada hemah akak benda tu boleh jer en.suami tolong akak…geramnya tuhan ajo yang tahu..susah and berat sangat ker nak menolong tapi itu lah…kalau MALAS tu dah bertenggek atas kepala akak takleh nak cakap apa la walau berbuih akak bebel pun kan…biarlah asal en.suami tak pernah MALAS nak menjaga..menengok..melayan Cik Betty…haaaa bab tu akak yang lebih MALAS gamoknya hikhikhik

Dan MALAS lagi…MALAS nk study..akak ni kan ada la berangan nak wat sesuatu and akak dah la pernah pegi exam amik lessen itewww las year tapi akak kantoi sebab akak tak sempat nk study..ok!!!! akak pun berjanji la nak repeat balik exam amik lessen itew so akak pun ada la sekali study dengan Kak Lyn pastu Kak Lyn yang gorgeous itew…dia pun dengan lemah lembut bak mak inang itu telah mengajar akak dan konon-kononya akak dah paham la kan…Kak Lyn yang baik hati itu pun telah mengamanahkan akak dengan notes dia dengan harapan akak akan pulun study la dengan notes dia iteww…tapi hampeh sampai hari ini akak baru sentuh sekali segala nota-nota itu dan akak masih tak gi register lagi exam itu dengan alas an..” ala tak sempat la..penat la sekarang ni macam tak cukup masa jer..bizi yang amat “.hek elehhhh sebenar ko MALAS kan…MALAS lagiii kata kuncinya..saya suka saya suka…tapi akak telah berjanji pada diri akak yang sesungguhnya bulan depan akak akan reseat gak exam itu..yeahhh

Apalagi pasal MALAS yang berlaku dalam diri akak ya…Malas nak menaip dah boleh??? Ahakss…lantak la kan dah cita akak suka ati akak la nak menulis banyak mana yang akak suka kan…dah namanya blog akak.. sekarang ni akak prefer untuk MALAS amik tahu…ha!!! Malas ni ada baik dan buruknya..baiknya bila kita malas nk amik tahu akan sesuatu yang tak membawa pekdah pada kita maka kita akan terhindar dari perkara2 keji macam mengumpat..menfitnah..menuduh..dan mencarut betul tak?? Bila suka sangat amik tahu banyak yang akan terjadi..lain la orang dan cerita kat depan muka akak kan harus la akan bertanya ala2 polis gitu sebab akak ni jenis yang tak suka dengar cita tergantung2..kalau dengar cita yang tergantung maka akan terjadi la penambahan dan penokok cerita betul?? Dari yang takda apa- apa jadi ada pulok…tak gitu? Kalau yang baik bagus la kalau yang tambah tak baik maka menburukkan keadaan la pulak kan tak pasal orang jadi gaduh sebab salah sangka and salah info or terlebih info kan…macam mainan telepon karat tu…ayat yang 1st tak kan jadi sama bila sampai pada orang yang seterusnya..betul tak? Maka lebih baik la akak MALAS untuk mengambil tahu bila masuk bab-bab macam ni lagipun dah terlalu banyak incident yang terjadi jadi disebabkan akak suka mengambil tahu.. salah paham..salah mengjustifikasi ..salah info dan mungkin cara salah bila menberitahu dan orang yang mendengar jadi salah paham..banyaklah yang salah dan terus salah dan berkembang kesalahan tu…akakkkk jugak yang salahkan…so better MALAS untuk keadaan ini demi kebaikan bersama…

MALAS lagiiii…malas nak berubah..hahahah boleh??? Ada ker macam tu?? Ada deq non…banyak sangat yang dah tua bangka tapi masih MALAS untuk jadi matang aka malas nak berubah…rela diri terus berlagak bagus..baik pada gaya atau pemikiran..paling penting adalah pemikiran la kan. Adalah amat jengkel bagi akak bila orang tu bercakap macam tak pakai otak…atau dengan bahasa lembutnya bercakap macam orang bodoh..owh!!! lembutkah itew..ha akak pun sama kan cakap ikut sedap mulut jer…tak pikir orang tu terasa ati ke tidak…oh!! Maafkan saya…akak nak bagitau akak cukup tak suka bila orang bercakap tentang satu-satu isu tanpa menggunakan fakta atau ilmu..maksudnya bila nak bahaskan satu-satu perkara jangan bercakap mengikut apa yang kita rasa tapi biarlah kita bercakap sebagaimana orang berilmu walau kita tidak suka sesuatu perkara itu kita jangan terus menolak adalah baik kita bercakap mengenai baik dan buruk perkara itu atau dengan kata sopanya “ Please use your brain ok” dan ini akak kata MALAS untuk berubah bila kita taknak mengkaji dan membaca maka terus menerus kita akan jadi orang yang hanya bercakap berpandukan nafsu tapi bukan AKAL walau setinggi mana kita belajar tapi kita taknak belajar dan menbaca baik politik..isu semasa…ekonomi walaupun sukan maka begitulah kita selamanya..orang akan terus menerus memandang kita BODOH…siankan kt diri kita…akak taknak jadi orang sebegitu…( perasan la ko!!!) hahahahhaa…suka akak la kan dah blog akak…

Oklah MALAS seterusnya adalah malas nak menaip dah sebab akak dan malas nak guna otak akak untuk pikir apa yang akak nk taip ni..heheh dah banyak masa akak guna untuk meng-update- blog akak ni almaklum la akak dalam proses untuk mengaktifkan diri dengan rajin meng update blog akak yang dah lama bersawang ni disebabkan perasaan itu la..apa? MALAS lerrrrrr

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 When Life Begins.... Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.