Wednesday, March 30, 2011

MANUSIA

Apa yang akak nak kongsi kali ini adalah tentang kita...MANUSIA..setiap dari kita adalah sama disaat kita dilahirkan diatas muka bumi ini...tapi siapa kita hari ini adalah apa yang kita corak sendiri...akuinya atau kita boleh nafikan itu namun hakikatnya hanya kita dan diatas sana sahaja yang tau kebenarannya..kadangkala sakit dan disakiti tu adalah salah satu lumrah kehidupan ini..pengalaman itulah yang banyak mendewasakan kita dan mematangkan kita tapi ada jugak segelintir yang jadi makin bodoh...tepuk dada tanya iman.
Bila diri disakiti jangan terus menyalahkan sesiapa tapi muhasabahlah diri kita sendiri...tanya diri kita siapa kita?? renung kembali segala apa yang pernah kita lakukan sebab kita ni MANUSIA kita tak mungkin lari dari kesilapan...malah tak mungkin kita tidak pernah menyakiti orang lain jadi jangan kecewa bila mana kita sendiri yang disakiti...Allah itu Maha Adil...setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya...jangan sesekali cuba untuk menyakiti kembali kerana tiada sebab tanpa musabab...
Selalunya kita lupa...kita sering melihat kesilapan orang lain dari kita memandang diri sendiri...mungkin dengan melihat kesilapan orang lain kita merasakan kita adalah lebih baik??? jangan tipu diri...MANUSIA selalunya begini...suka menilai keburukan orang tapi bukan menhargai seribu kebaikan disebalik keburukan itu..selesakah diri bila merasa diri kita lebih baik bila memandang sesetengah orang itu buruk? Puaskah hati kita bila mampu membuat orang memandang kita baik bila menbandingkan keburukan orang lain?
MANUSIA itu tak pernah puas...sebab dalam diri MANUSIA itu sendiri wujudnya sifat MALAIKAT dan juga sifat SYAITAN...kerana itu Allah memberikan kita AKAL...dengan AKAL kita mampu meranapkan sifat SYAITAN dan bangkitkan sifat MALAIKAT..tak guna walau cukup 5 waktu...tapi satu sifat SYAITAN pun tak mampu kita bunuh..bukankah 5 waktu itu untuk mendidik kita jadi lebih baik??Puasa penat-penat 30 hari...tapi sifat SYAITAN masih bermaharajalela...apa fungsi puasa itu? setakat menahan lapar dan dahaga kah??? tanya diri kita...bilamana satu jari menunjuk pada orang lain lihatlah 4 jari lagi yang menunjuk kearah diri kita...baik atau buruk orang itu biarlah Allah sahaja yang menilai...sakit mana pun hati kita...Allah jua pemulihnya...kerana hanya Dia yang tahu...
Jangan sesekali merasakan diri adalah yang terbaik..tidak pernah melakukan kesilapa..tidak pernah berdusta..tidak pernah mencaci dan mencerca..jujurkah kita dengan diri kita sendiri? Kita mungkin bisa berlakon dihadapan insan lain..tapi adakah kita cuba menafikan Yang Diatas sana lebih tahu? Kerana itu jangan cepat menghukum..kita tidak memiliki sifat Ash-Shidqul Muthlaq (kejujuran secara mutlak) kerana kita manusia biasa..menyakiti dan disakiti adalah lumrah...bila terasa diri dikhianati maka ingatlah dan renungkanlah pernah kita juga mengkhianati??? usah terus berbohong dengan diri sendiri
Biar hati menangis...sebab hati adalah segalanya..biar dia basah dengan tangisan moga tangisan itu mampu membasuh segala titik-titik hitam dihati kita...kita bukan Nabi..kita hanya MANUSIA biasa . Setiap hari dan setiap saat akak sentiasa berdoa agar Yang Esa menghapuskan sifat-sifat keji dalam diri akak ..moga Dia lenyapkan segala titik-titik hitam dalam hati akak...akak tak ingin menjadi insan yang penuh dengan rasa megah diri..melihat orang lain sentiasa kurang..kerana rasa itu tidak mungkin dapat menjadikan akak orang yang sempurna..Doa akak moga setiap hari adalah hari yang menjadikan akak insan dan hamba yang lebih baik pada Sang Pencipta dan insan-insan disekeliling akak. Tegurlah akak jika melihat kekurangan akak tapi bukan terus mencaci dan mencaci....Akak tak ingin terus menbenci kerana benci punca segala penyakit hati...moga Allah sentiasa suburkan jiwa akak dengan kasih sayang kerana akak hanya ingin menyayangi dan mengasihi tanpa syarat kerana kasih sayang adalah jawapan segala penyakit hati...kerana kasih sayang mampu membasuh rasa benci..dengki...sakit hati..hati mungkin penuh dengan kemarahan tapi akal dan iman jawapan segalanya..

 Surah Al-Baqarah ayat 216

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat bagi kamu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak ketahui


0 comments:

 
Copyright (c) 2010 When Life Begins.... Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.